Saturday 12 August 2017

7 TIP PENJAGAAN MUKA MENJADI CANTIK



Wanita sangat cerewet dengan penjagaan muka, bila-bila lagi jerawat mula naik ke muka.. tambahan lagi bleakhead, whitehead, kulit kusam, berminyak dan hitam. 😔

Meh sini, sis ada beberapa tips yang boleh korang check it up untuk penjagaan wajah korang .. 😊



1) Kerap cuci muka 
kepada wanita yang malas cuci muka, korang nak ke kulit korang jadi gelap dan kusam. mesti takknak kan, lagi-lagi kita semua banyak terdedah dengan udara yang kotor. Bagi perempuan yang selalu pakai make up, wajib mencuci muka menggunakan pencuci muka yang mempunyai remove makeup, baru lar menggunakkan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. beli lar pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda. cuci muka 3 kali sehari dengan air suam dan kalau boleh cuci muka sebelum tidur dan sebelum melakukan aktiviti riadah.




2) Aloe Vera
Aloe vera bagus digunakan untuk menjadikan kulit dalam kelembapan.. ia bagus untuk kulit yang kering dan kusam serta dapat menghilang sunburn pada wajah. Gunakan lar 3 kali seminggu sebelum tidur. Bila bangun pagi akan nampak kesannya. kalau boleh jangan beli gel aloe vera yang mempunyai bahan kimia kerana bahan kimia akan menambahkan kerosakkan pada muka.



3) Minum Air Kosong secukupnya.
Air kosong perlu diminum 8-10 gelas sehari. ia dapat memberikan kelembapan pada kulit dan menghindarkan kulit jadi lebih kering. justeru itu, air kosong juga bagus untuk badan. oleh itu, girls ! rajin-rajin lar inum air kosong ye 😌



4) Tomata Penambah Seri muka
Ni sis nak cerita sikit pasal tomato, tomato bagus dalam melicinkan kulit dan menambahkan seri muka. tomato juga boleh buat masker dan makan pun sedap. first sapu seluruh muka dengan masker tomato dan tunggu sehingga 10 minit. then baru cuci muka dengan air suam. jangan gunakan masker kurang dari 10 minit, sebab takut masker itu tak diserap sepenuhnya dalam muka. selepas cuci muak , anda akan nampak kebekesananya terhadap kulit anda. buat masker tomato 1 kali seminggu sahaja.




5) Gunakan Masker
Terdapat beberapa jenis masker, contoh nya masker clay, masker face, masker peeling dan lain-lain. gunakan lar 3 kali seminggu mengikut kesesuaian. gunakan pada waktu malam sebelum tidur. guna selama 10 -20 minit. kalau boleh beli lar masker yang original, kerana sekarang banyak tiruan yang boleh merosakkan kulit.. kalau naklebih selamat, buat lar masker sendiri menggunakan tomato, timun, madu, lemon dan lain-lain.


6) Uncang Teh
UNCANG TEH ?!! boleh ke digunakan untuk muka. tahukah girls semua uncang teh boleh digunakan untuk menghilangkan eyesbag dan lebam bawah mata. firts rendam kan uncang teh dalam air panas, then keluarkan teh tersebut dan sejukkan seketika. next letakkan uncang teh tu di mata dalam 30 minit.. lakukan dalam 3 kali seminggu, pasti akan nampak perubahan pada bawah mata anda semua.



7) Kurangkan Makanan Berminyak

bagi girls yang muka berminyak, kalau boleh kurang makanan yang berminyak. makanan yang berminyak akan memberikan kotoran minyak pada kulit anda. itu akan membuat kulit tidak serata dan tumbuh jerawat. oleh itu makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan makan buah-buahan dan sayuran.

No comments:

Post a Comment