Friday 29 September 2017

Usahawan 'IRON LADY' Malaysia ( Datuk Maznah Hamid)

Image result for datuk maznah hamid

Datuk Maznah Hamid 

Arwahyarhamah Datuk Maznah Hamid merupakan usahawan wanita yang menubuhkan syarikat yang melibatkan keselamatan . Beliau adalah pengerusi eksekutif Securiforce Group. Kini beliau telah mempunyai 50 cawangan dan lebih 5000 pekerja, Beliau sangat komited dengan kerja beliau dan sangat menjaga keselamatan orang awam. 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya adalah pengawal, logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.

Securityforce mempunyai anak syarikat antaranya ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Yang menarik tentang Datuk Maznah adalah beliau telah mengembangkan syarikat nya tanpa mengunakan mana-mana agensi pinjaman modal perbankkan. Beliau mengusahakan dan mengembangkan syariktnya dengan caranya tersendiri. Beliau juga telah menjadi seorang tokoh inpirasi kepada usahawa-usahawan dengan kepercayaan beliau "the main
capital in business is yourself "

Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau.

Apa yang kita boleh lihat, Datuk Maznah Hamid seorang wanita yang berkerjaya dengan caranya untuk mencapai pencapaian dirinya. Beliau juga seorang yang sangat bertanggungjawab dengan apa yang beliau lakukan.


No comments:

Post a Comment