Sebenarnya banyak saja tempat yang menarik yang boleh dijadikan tempat hiking.. antara tempat hiking yang sangat best dan semua orang boleh pergi adalah Hutan Tanjung Tuan , PD. tempat sangat menarik.. daki pun tak terlalu tinggi.. Sangat best!!
kebanyakkan perempuan suka sebenarnya aktiviti hiking ni. sebab hiking satu aktiviti yang sangat baik dan memberikan manfaat kepada mereka semua.. Cuma ada lar sesetengah perempuan tak gemar sebab takut, tak biasa, tak suka dan macam-macam.. tapi sebenarnya seronok.
meh sini admin nak cerita sikit pengalamaan sis masuk hutan hari tu.. boleh check this out video di bawah, sangat menarik dan kalau ada masa boleh lar hiking kat sini..
TIP BARANG YANG PERLU ADA SEBELUM HIKING :
- kasut sukan (yang mampu tahan lasak) (pakai stoking)
- beg kecik letak makanan/minuman
- makanan ringan(coklat, biskut, roti)
- minuman (air manisan kotak, mineral paling penting)
- pakai t-shirt dan seluar track (jangan pakai kain, skirt, seluar jean pulak)
- barang ubatan (plaster luka)
- tuala kecik (lap perlu, ini ikut suka kalau nak bawak ke tak)
Ini adalah aturcara program sis dengan kawan daki hutan ni, pergi pagi, tengah hari dah balik dah.. ini kira macam aktiviti yang sangat best.. Bajet sis keluar tak sampai RM50 .. sangat jimat. hahaha
8.30 - bertolak dari kuim ( ambik kereta sewa, isi minyak )
9.15 - sampai tanjung tuan PD
9.30 - start daki (kena daftar bayar RM 1)
10.15 - sampai kat batu putih (lepak-lepak kat atas sambil tengok permandangan)
11.15 - start menurun ke bawah balik
12.00 - balik kuim
Pemandangan kat atas batu putih sangat best.. boleh nampak laut yang luas.. pastu boleh nampak kawasan pantai PD.. Hutan Tanjung Tuan ni best sebab ia tempat reakreasi dan banyak tempat yang boleh teroka.. Antaranya, Batu putih, Rumah Api, dan jalan burung. Macam sis hari tu pergi batu putih saja sebab nak hiking je.. Nanti boleh lar datang ke hutan tanjung tuan ni..
No comments:
Post a Comment